Program Pembangunan Kampung Baru sebagai Destinasi Pelancongan

Program Pembangunan Kg Baru Sebagai Destinasi Pelancongan

Latar Belakang

  1. Industri pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi negara kerana ia mencakupi bidang perkhidmatan yang luas. Selain menyumbang kepada pendapatan, pekerjaan dan memperluaskan peluang-peluang perniagaan, ia juga dapat merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
  2. Kampung-kampung baru yang wujud sejak tahun 1950-an mempunyai sejarah dan budaya unik yang berpotensi dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Oleh yang demikian, 20 buah kampung telah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.
  3. Tujuan utama menjadikan kampung baru sebagai destinasi pelancongan adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi setempat dan menjana pendapatan penduduk kampung melalui aktiviti-aktiviti pelancongan.
  4. Program ini juga merupakan salah satu agenda untuk mentransformasi dan memberi nafas baru kepada kampung baru khususnya kampung-kampung yang terletak di kawasan luar bandar.

 

​Objektif

  1. Menjadikan kampung baru sebagai destinasi pelancongan yang mampu memenuhi pelbagai keperluan pelancong asing dan domestik.
  2. Meningkatkan daya tarikan kampung baru melalui penyediaan kemudahan sokongan pelancongan.
  3. Merancakkan aktiviti ekonomi setempat bagi meningkatkan pendapatan penduduk kampung melalui aktiviti pelancongan.

 

Senarai 20 Kampung Baru Sebagai Destinasi Pelancongan

 

Bil

Negeri

Parlimen

Daerah

Nama Kampung

 

Tarikan Utama

 

1

Johor

Labis

Segamat

Kg Baru Bekok

  • Air Terjun Sg Bantang Bekok
  • Bekok Festival
  • Murals
  • Makanan Tradisional
  • Pameran etnik

2

Johor

Tanjung Piai

Pontian

Kg Baru Bagan Ayer Masin

  • Pulau Kukup
  • Taman Negara Johor Tanjung Piai
  • Makanan laut

3

Johor

Ayer Hitam

Batu Pahat

Kg Baru Yong Peng

  • Rumah Berhala Gua Naga Hitam
  • Wansern Agrotech
  • Fortune Dragon
  • Makanan etnik Fuzhou
  • UK Farm

4

Johor

Kulai

Kulai

Kg Baru Kulai

  • Gunung Pulai
  • Putuo Village
  • Makanan etnik Hakka

5

Johor

Ayer Hitam

Batu Pahat

Kg Baru Ayer Hitam

  • Pasu Bunga/ Barangan seramik
  • Makanan etnik Fuzhou
  • Peralatan perkahwinan
  • Keropok dan kerepek traditional

6

Johor

Sembrong

Kluang

Kg Baru Paloh

  • Perigi Besar Paloh
  • Bangunan bersejarah
  • Tempat beribadat yang unik
  • Kopitiam tradisional

7

Johor

Muar

Muar

Kg Baru Bukit Mor

  • Gunung Bukit Mor
  • Kolam Air Panas Sg Gersik
  • Tokong Cina Xian Shi Keng
  • Pantai

8

Melaka

Alor Gajah

Alor Gajah

Kg Baru Machap Baru

  • Machap Walk
  • Kilang roti Tongkat
  • Bangunan warisan negeri Melaka
  • Dusun buah naga dan dusun ternakan lebah kelulut

9

Pahang

Bentong

Bentong

Kg Baru Bukit Tinggi

  • Makanan etnik Kwongsi
  • Eco Tourism
  • 22 buah restoran sekitar kampung
  • Penanaman dan jualan sayuran dan buahan (halia)

10

Pahang

Paya Besar

Kuantan

Kg Seberang Baru Sungai Lembing

  • Bukit Panoroma
  • Air Terjun Pelangi
  • Aktiviti lasak dan rekreasi
  • Jambatan Gantung

11

Pahang

Cameron Highland

Cameron Highland

Kg Baru Lembah Bertam

  • Bukit Lembah Bertam
  • Empangan Hidro Ulu Jelai
  • Kebun buah anggur Tham
  • Kraftangan “Press Flower”
  • Tanaman dan jualan sayuran

12

Pahang

Raub

Raub

Kg  Baru Sungai Ruan

  • Tapak bersejarah komunis
  • Durian
  • Air terjun dan gua

13

Perak

Kampar

Kinta Batu Gajah

Kg Baru Tg Tualang

  • Udang Galah
  • Tapak peninggalan sejarah bijih timah
  • Muzium kapal korek
  • Muzium antik
  • Restoran sehenti 1Malaysia

14

Perak

Bukit Gantang

Larut Matang

Kg Baru Kuala Sepetang

  • River Cruise
  • Charcoal Factory
  • Kelip-kelip dan ikan lumba
  • Eagle Feeding dan Fish Farm

15

Perak

Parit Buntar

Kerian

Kg Bagan Jalan Pantai

  • Aktiviti rekreasi Sungai Kuala Kurau
  • Tokong Hua Sheng Kong
  • Tokong Sheng Guo Yuan
  • Makanan dan hasil sungai
  • Pantai Ban Pecah

16

Negeri Sembilan

Jelebu

Jelebu

Kg Baru Titi

  • Titi Eco Farm
  • Makanan etnik Hakka
  • Tugu Peringatan
  • Kampung atas bukit

17

Negeri Sembilan

Seremban

Seremban

Kg Baru Broga

  • Aktiviti lasak Bukit Broga
  • Tokong Sak Dato
  • Jambatan Gantung
  • Durian dan ikan air tawar

18

Negeri Sembilan

Teluk Kemang

Port Dickson

Kg Baru Rangkaian Bukit Pelanduk

  • Aktiviti rekreasi atas dan tepi Sungai
  • Makanan etnik Fuzhou
  • Kuih muih dan biskut Fuzhou

19

Kedah

Kulim-Bandar Baharu

Bandar Baharu

Kg Baru Bagan Samak

  • Sungai Kerian
  • Ikan Kelisa Emas
  • Tokong Sam Wang Hu
  • Aktiviti Penternakan ayam
  • Perkilangan telur masin dan fucuk keping

20

Selangor

Kapar

Klang

Kg Baru Bagan Pulau Ketam

  • Pulau tanpa kenderaan berenjin
  • Aktiviti rekrasi di perkampungan nelayan
  • Pengingapan rumah atas paya bakau
  • Makanan laut