Seminar Dan Kursus PKP/JKKK/JKKKP

Seminar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertujuan mendedahkan pengerusi dan setiausaha yang baru dilantik mengenai tatacara pengurusan dan pentadbiran kampung, pengurusan bencana, pengurusan mesyuarat dan sebagainya. Taklimat mengenai dasar dan polisi semasa, bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat juga akan diberikan.

Seminar JKKK ini juga merupakan salah satu platform kepada YB Menteri untuk memberi amanat beliau kepada pengerusi dan setiausaha JKKK yang merupakan pemimpin atau jentera pentadbiran Kerajaan di peringkat kampung. JKKK turut akan menggunakan seminar ini untuk mengutarakan masalah yang dihadapi mereka kepad YB Menteri untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri.

Kursus Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) pula merupakan latihan berkala yang disediakan khusus kepada PKP lantikan Bahagian untuk melaksanakan tugas harian mereka. Antara jenis latihan yang diberikan adalah mengenai tatacara pelaksanaan projek-projek kecil di kampung, teknik pengiraan anggaran kos projek mengikut kadar harga JKR, teknik pentafsiran pelan-pelan struktur bangunan, peranan dan tanggungjawab sebagai pegawai penyelia projek dan sebagainya.