Program Semarak Bahasa Kebangsaan di Kampung Baru Lembah Bertam Cameron Highland pada 30 Oktober 2017

  • Posted on: 3 July 2017
  • By: adminkgbaru

Program Semarak Bahasa Kebangsaan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Kampung Baru JPM serta JKKK Kampung Baru Lembah Bertam akan berlangsung pada 30 Oktober 2017 di Kampung Baru Lembah Bertam. Program ini bertujuan untuk mendekati dan menarik minat penduduk-penduduk di kampung baru terutamanya penduduk Kampung Baru Lembah Bertam supaya masyarakat kampung baru lebih mengenali dan dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan lebih baik. Kehadiran masyarakat Kampung Baru Lembah Bertam dan penduduk kampung-kampung baru berdekatan amat dialu-alukan.