Program Pembangunan

Program pembangunan dalam bentuk penyediaan projek-projek kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial-ekonomi di Kampung Baru adalah bertujuan mempertingkatkan akses penduduk kampung kepada kemudahan infrastruktur yang berkualiti, meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna dan untuk menggalakkan penduduk kampung menjalankan kegiatan sosial dan aktiviti kemasyarakatan. Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur terlibat seterusnya dapat menyokong pembangunan aktiviti ekonomi tempatan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung.

Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10), Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM274,050,000 untuk program pembangunan di Kampung Baru. Antara jenis projek yang dilaksanakan adalah seperti jalan, parit, longkang, lampu, laluan pejalan kaki, dewan orang ramai, kemudahan sukan, taman dan rekreasi, dewan serbaguna, tandas awam, landskap, pintu gerbang dan lain-lain.