Program Bantuan Baik Pulih Rumah

Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup keluarga miskin Kampung Baru dengan membaik pulih rumah yang telah rosak supaya keperluan asas kehidupan mereka dijaga. Komponen program ini termasuk membaik pulih rumah yang usang, rosak akibat bencana alam atau kebakaran.

Golongan yang terdiri memenuhi prinsip asas seperti berikut:

i.   Pemohon merupakan warganegara Malaysia;

ii.   Diperaku dan disahkan sebagai miskin serta layak untuk memohon oleh Pengerusi JKKK/JKKKP atau PKP;

iii.   Disahkan menduduki rumah berkaitan dan rumah sedia ada tersebut diperakui usang, daif dan struktur asas masih selamat didiami serta ekonomik untuk dibaiki; dan

iv.   Sekiranya pemohon bukan pemilik rumah maka pemohon perlu memperolehi kebenaran untuk membaik pulih daripada pemilik rumah berkaitan.
 

Keutamaan diberikan kepada golongan miskin yang terdiri daripada:

i.   Warga emas;

ii.   Uzur dan orang kurang upaya (OKU);

iii.   Ibu/ bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan; dan

iv.   Mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran.